blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
09 October 2015
09 June 2015
Riuh Dalam Rumah
| Dari sebuah hadis sahih riwayat Imam Bukhari. Ada sorang sahabat Nabi SAW yang pernah menyertai Perang Badar bernama 'Ithban. Bermakna, dia adalah di antara sahabat yang dihormati kerana tergolong sebagai seorang ahlul-Badar. Nak jadi cerita, dia ni juga seorang imam tua di kampungnya dan mata dia pun dah koi rabun. Susahlah dia nak pi masjid nak mengimamkan solat. Oleh kerana ada masalah tu, dia minta satu favour dari Nabi SAW. Dia minta Nabi mai rumah dan mengimamkan solat di rumah dia pula. Besar hajat tu. Nabi menerima dengan senang hati permintaan sahabat yang mulia ini. Esoknya baginda SAW mai dengan Abu Bakar as-Siddiq r.a. Depa dua orang saja. Setelah diizinkan, Nabi SAW dan Abu Bakar pun masuk. Lepas tu depa solat berjemaah seperti yang dihajati oleh 'Ithban. Nabi jadi imam, Abu Bakar dan 'Ithban jadi makmum. Selesai solat, 'Ithban pun ajak depa makan sambil bual-bual. Rupa2nya kehadiran Nabi SAW dan Abu Bakar telah sampai ke pengetahuan orang2 kampung. Riuhlah....! |
05 March 2015
Jabir bin Abdillah r.a._ Kambing Kore Makan Seribu
13 January 2015
Ikrimah bin Abu Jahal r.a._Part 2- The Greek Tragedy
02 January 2015
Ikrimah bin Abu Jahal r.a. _ Part 1 - Anak Bapak
02 November 2014
Khalid al Walid r.a. - Final - Terbalik Kuang
Subscribe to:
Comments (Atom)





