blog yang membawakan cerita-cerita Islami pada bahasa yang sempoi dan nada yang santai....
18 December 2011
Abdullah bin al-Mubarak dan Dua Mala'ikat
Musim haji telah tamat.
Para jemaah haji sudah ada yang pulang ke kampung halaman masing-masing.
Abdullah ibn al-Mubarak rh, imam para Fuqaha yang turut menunaikan haji pada tahun tersebut mengambil kesempatan untuk berehat2 di pinggir Ka'abah.
Angin yang sepoi2 bahasa membuatkan dia terlelap seketika.
Dalam lenanya itu ibn al-Mubarak bermimpi.
Dia ternampak dua malaikat turun ke Masjidil Haram.
Kedengaran mereka berbual bagai berbisik2.
Kata Malaikat yg pertama, " Agak2 hanglah tahun ni berapa orang yang mai haji?"
"Tak sure....tapi nampak koi ramai tahun ni, mungkin 600 ribu ada kot?" jawab Malaikat yg ke-2.
Ibn al-Mubarak (tengah mimpi ni) pun pasang telinga, dengar saja perbualan dua hamba Allah ni.
Interesting nih....fikirnya
12 November 2011
Abdullah Ibnu Umar - Darah Nyamuk
Abdullah ibnu Umar r.anhuma. adalah antara perawi hadis yang tersohor. Dia ranking no 3 selepas Abu Hurairah r.a. dan A'ishah r.anha. Dia lebih dikenali sebagai Ibnu Umar....ie anak Umar. (Engkorang tau tak apa beza r.a. dan r.anhuma tu? R.anhuma ...ie radhi ALlahu anhuma tu maknanya kedua-duanya di redhai Allah....maknanya Abdullah dan ayah dia Umar al-Khattablah, sebab kedua2nya sahabat Rasul saw. Samalah juga kalau kita dengar nama2 seperti Abdullah bin Abbas r.anhuma ataupun Abdullah bin Zubair r.anhuma) Ok...back to the original story, Ilmu Ibnu Umar ni sangatlah banyak. Oleh kerana Ibnu Umar ni tersangat alim, suatu hari seorang lelaki dari Iraq berkunjung ke Madinah. Punya jauh dia mai...nak tanya satu perkara yang dia rasa Ibnu Umar saja boleh jawab. |
Qadhi Iyas al Muzani - Kantoi
Hari tu Pak Din bawak teksi macam biasa. Antara Lunas dan Padang Serai. Sampai dekat Kg Sungai Seluang, 3 budak muda tahan teksi dia. "Nak pi mana?" tanya Pak Din. "Nak pi Padang Serai," depa habag. Perjalanan ke Padang Serai ada kot 20-30 minit, depend samada hang stuck belakang lori ubi kayu atau yang agak tak syiok lori sekerap getah. Dalam dok memandu dengan santai tu, tiba2 Pak Din terbau sesuatu yang sangat menyeksakan. |
15 October 2011
Umar al Khattab - First Lady kena marah
Suatu hari di kediaman pemimpin sebuah negara orang Islam. Nama pemimpin tu Umar al Khattab r.a. Maknanya kat Madinah lah cerita ni. Hari tu dia telah menjatuhkan hukuman ke atas salah seorang gabenornya yang telah melakukan kesalahan ketika bertugas. Sedang Umar berehat2 di rumah, isterinya yg bernama Atiqah binti Zaid bin Amir r.anha saja2lah bertanya, "Eh bang.....kenapa abang marah sangat dengan gabenor abang tu, sampai dia dihukum?." Apakah yang Umar cakap agaknya setelah mendengar soalan isterinya tu? Adakah dia kata, " Tak payah lah you concern sangat, perkara kecik je tu,"? Atau, "Dia dah buat salah, dia terimalah akibatnya,"? Macam tu ke? |
10 October 2011
Umar al Khattab - Kerana Anak Unta
Suatu hari yang sangat panas, tidak ada sekelibat manusia pun kelihatan di luar rumah2 Madinah. Semuanya berlindung dari bahang panas yang membara. Namun dari renggang2 tingkap rumahnya, Uthman ibn Affan ra terlihat di kejauhan seakan-akan seorang lelaki sedang mengiringi dua ekor binatang. "Sapa tu? Apa yang dia dok buat hangat-hangat macam ni?" Uthman tertanya-tanya. Uthman ra memanggil khadamnya untuk mempastikan siapakah orang itu. Khadamnya pun melihat dari celah tingkap itu sehingga lelaki itu mendekati rumah mereka. Ternyata dia ialah Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. sedang menarik dua ekor anak unta. "Wahai Umar! Awat hang dok berjemur tengah-tengah rembang tu? Mai lah masuk rumah aku dulu!" kata Uthman. "Nih!..Anak2 unta ini adalah unta2 sedekah terlepas dari Baitul Mal. Aku pi cari tadi. Aku nak bawak balik pi kurung sat." jawab Umar. " Biaglah dulu di sini. Nanti hang bawak balik la." kata Uthman. " Tak apalah, biarlah aku pulangkan dulu. Aku takut nanti Allah akan menanyakan Umar mengenai dua ekor anak unta yang hilang semasa pemerintahannya." ...gitulah, pengajaran dari cerita ni straight forward saja, tak payah aku ceritalah. |
23 September 2011
Pak Ya Cerut
Cerita ni ialah cerita, kalau hidup bermasyarakat mesti bercampur gaul...
Begini ceritanya.....
Ada sorang tu yang memang tak pernah solat.
Dah tua dah dia ni.
Kita panggil nama dia Pak Ya Cerut sudahlah, pasai dia suka hisap cerut.
Nak jadi cerita suatu hari dia berhajat nak panggil tok imam dan orang2 masjid mai rumah atas sesuatu urusan.
Tapi oleh kerana dia ni bukan kaki masjid (solat pun x pernah, pi masjid buat apa?), dia pun gabralah.
Bini dia dok suruh, “Pi lah semejid pak hang oi! Panggil tok imam mai rumah malam Jumaat ni. Panggil orang2 semejid sama.”
Subscribe to:
Comments (Atom)




